Tuesday, July 24, 2007

Minggu Akademik 2007

En. Mohd Sany dan Ustaz Shahrizan

Akademik Cemerlang, Insan Gemilang

Objektif Minggu Akademik 2007
  • Murid lebih berminat dalam mata pelajaran akademik
  • Murid dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai matapelajaran akademik
  • Murid dapat mempraktikkan teori dan amalan yang dipelajari dalam kelas
  • Murid lebih kenal, faham konsep dan istilah yang digunakan dalam setiap matapelajaran melalui aktiviti yang dijalankan khusus bagi matapelajaran tersebut



Monday, July 23, 2007

Lagu Sekolah

Menjunjung cita Negara
Maju bangsa sejahtera
Berdisiplin bekerjasama
Cemerlang dan berjaya

Restu ayah dan bonda
Bimbingan guru mulia
Rajin berusaha, ilmu di dada
Gemilang budaya bangsa

Pada nusa bangsa
Kita taburkan jasa
Pada ibu pertiwi
Kita curahkan bakti

Maju terus mara
Panji semat di dada
Bertekad gagah
Pahlawan bangsa
Berilmu dan berjasa

Visi

Membentuk insan berketrampilan, berakhlak mulia dan berpengetahuan serta berguna untuk diri, masyarakat dan negara.

Misi

Bertekad dan berazam untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan cekap dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

Sunday, July 22, 2007

Falsafah Sekolah

Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam adalah suatu usaha yang berterusan ke arah menyediakan insan pelajar yang berilmu dan berteraskan tatabudaya Malaysia yang harmoni bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara